Kuda kepang

Kuda kepang
Kuda lumping
Kuda Kepang di Yogyakarta, Indonesia
Nama asliJaran Kepang
Alat muzikGamelan
Asal usulIndonesia Ponorogo, Jawa, Indonesia

Kuda kepang atau kuda lumping (Jawa: ꦗꦫꦤ꧀​ꦏꦺꦥꦁ, translit. jaran képang) ialah seni tarian berkuda yang berasal dari pulau Jawa di Indonesia, ia biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian. Tarian Kuda kepang merupakan seni bersejarah yang terus dikembangkan dan dilestarikan oleh masyarakat pulau itu.

Tarian ini datang dari pelakonan pada Reog Ponorogo dari Ponorogo.[1] Seni ini terus dikembangkan dan dilestarikan oleh orang Jawa tidak sahaja di kepulauan tersebut malah tersebar dibawa oleh para penghijrah Ponorogo ke Semenanjung Tanah Melayu lalu kini diamalkan di Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor. Tarian ini juga menjadi kebanggaan masyarakat Jawa di ketiga-tiga negara ini dibuktikan pewakilan tarian ia di negara-negara tersebut di pertandingan-pertandingan tarian peringkat antarabangsa. Tarian ini juga sering dimainkan di Jawa ketika acara sambutan perayaan, majlis perkahwinan, perayaan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia.

  1. ^ Mardiyati, Ade (16 Mac 2010). "Kuda Lumping: A Spirited, Glass-Eating Javanese Game of Horse". The Jakarta Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2011. Dicapai pada 31 July 2011.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search